My SwEeT FaMilY

WELCOME TO MY e-PORTFOLIO

ASSALAMUALAIKUM semua.. Selamat Datang ke blog saya.. Blog ini merupakan satu tugasan bagi subjek Information & Communication Technology in Chemistry ( TKU 3023 ). Saya mendapat ilham untuk mencorak blog ini berkat hasil tunjuk ajar daripada pensyarah ICT iaitu Puan Asmayati Bt Yahya. Semoga kamu semua gembira dengan hasil kerja saya.. (^_^)

Friday, October 29, 2010

KIMIA

Apa Itu Kimia?

Kimia dapat didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan yang berhubungan dengan bahan alam semesta dan perubahan yang dijalani oleh material atau bahan. Ahli kimia menjalankan kegiatan-kegiatan yang sangat berbeza ahli-ahli sains yang lain seperti memeriksa bahan partikel, mencari molekul dalam ruang, membuat bahan baru dari semua jenis, menggunakan bakteria untuk menghasilkan bahan kimia seperti insulin, dan menemukan kaedah-kaedah baru untuk merawat penyakit.

Kimia sering disebut sebagai pusat ilmu. Sebagian besar fenomena yang terjadi di dunia sekitar kita melibatkan perubahan-perubahan kimia dari satu atau banyak zat menjadi zat lain yang berbeza. Berikut adalah beberapa contoh perubahan kimia:
•    Kayu di bakar dalam udara terbuka, membentuk air, karbon dioksida, dan zat lainnya.
•    Tanaman tumbuh dengan susunan bahan sederhana menjadi zat yang lebih komplek.
•    Baja dalam mobil berkarat.
•    Telur, tepung, dan gula dicampur dan dipanggang dihasilkan kuih.
•    Definisi istilah kimia dipelajari dan disimpan dalam otak.

Dunia Makroskopis dan Mikroskopis

Anda akan melihat bagaimana konsep-konsep kimia memungkinkan kita untuk memahami sifat dan perubahan lainnya. Untuk memahami proses dan perkara yang terjadi di sekitar kita, ahli kimia mengambil pandangan khusus terhadap perkara ini. Para kimiawan  “melihat ke dalam” benda biasa untuk mengamati bagaimana perilaku komponen-komponen asal benda tersebut.
Untuk mengerti bagaimana pendekatan ini bertindak, kita boleh melihat melalui contoh seperti pokok. Ketika kita melihat sebuah pokok dari jauh, kita melihat pokok tersebut secara keseluruhan. Batang, dahan, dan daun. Kesemuanya membentuk menjadikan pokok. Oleh itu, keseluruhan gambar pokok itu dilihat secara makroskopik.

Jika kita melihat lebih dekat ke arah pokok tersebut, kita dapat lihat secara terperinci ciri-ciri pokok tersebut seperti potongan kulit kayu, daun, dahan besar dan kecil, dan sebagainya. Sekarang bayangkan bahwa kita memeriksa satu helai daun. Terdapat pembuluh, variasi warna, ketidakteraturan permukaan, dan banyak lagi pada daun tersebut. sudah tentu rasa ingin tahu kita semakin bertambah untuk mengetahui apa yang terletak di dalam daun, apa yang menyebabkan perubahan dari kuncup di musim sejuk menjadi daun hijau pada musim panas dan kemudian menjadi berwarna merah atau emas di musim gugur. Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan ini, kita perlukan mikroskop. Ketika memeriksa daun di bawah mikroskop, kita akan melihat sel dan pergerakannya.

Dalam dunia mikroskopis, “gerakan” mengacu pada sel bertindak sebagai mesin kecil yang menyerap tenaga matahari dan nutrisi dari udara dan tanah. kita juga dapat lihat pada air, yang merupakan suatu zat yang sangat rapat dengan kita. Dalam dunia makroskopik, air mengalir di sungai, di atas batu-batuan gunung dan membeku di kolam pada musim sejuk. Apakah sifat mikroskopis air? Seperti yang anda sudah ketahui, air terdiri dari molekul kecil yang dapat ditunjukkan sebagai H—O—H. H menunjukkan atom hidrogen dan O adalah atom oksigen. Molekul air ditulis sebagai molekul H2O karena mengandung dua hidrogen (H) dan satu oksigen (O).Ini adalah dunia mikroskopik yang dikaji seorang ahli kimia mengenai molekul dan atom.

Pentingnya Belajar Kimia

Pengetahuan kimia sangat berguna untuk semua orang. Hal ini kerana kimia terjadi di sekitar kita dan berlaku setiap waktu. Pemahaman kimia sangat berguna untuk doktor, pengacara, mekanik, pengusaha, bomba, dan penyair. Contohnya ubat yang perlu digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit adalah dihasilkan daripada bahan-bahan kimia. Sekiranya doktor tidak mempunyai pengetahuan tentang ubat-ubatan, adalah susah bagi mereka untuk merawat pesakit. Begitu juga dengan pengusaha makanan. Mereka perlu mengetahui ilmu kimia untuk menghasilkan makanan yang mempunyai sumber tenaga agar dapat memelihara kesihatan.

How To Use Camstudio??